Friday, May 2, 2008

Petua dapur: Mengelakkan peti sejuk dari berbau.


Untuk mengelakkan peti sejuk dari berbau, masukkan beberapa ketul arang ke dalam peti sejuk. Arang tersebut akan menyerap bau tersebut.

Petua dapur: Megekalkan warna rebusan sayur.


Untuk mengekalkan warna rebusan, masukkan beberapa titis minyak masak ke dalam air. Setelah air mendidih, masukkan sayur yang hendak di rebus. Warna sayur rebusan akan kekal segar.

Petua dapur:Menyejukkan tangan yang pijar.


Untuk menyejukkan tangan yang pijar setelah membasuh lada, masukkan tangan ke dalam beras dan ramaskan beras dengan tangan beberapa ketika. Rasa pijar ditangan akan berkurang dan hilang.

Petua dapur: Memudahkan menggosok baju sutera.


Bagi memudahkan menggosok baju sutera agar licin, lipat baju sutera tersebut dan masukkan dalam plastik. Setelah itu letakkan ia kedalam peti sejuk untuk beberapa jam. Selepas itu boleh digosok seperti biasa. Baju sutera itu akan mudah di gosok dan licin.

Petua dapur: Membersihkan dalam periuk yang hitam


Bagi memudahkan untuk menanggalkan kesan hitam di dalam periuk, masukkan beberapa potong asam keping ke dalam periuk dan direbus bersama air hingga mendidih. Dengan itu kesan hitam akan mudah dibersihkan.

Petua Dapur: Mengelakkan beras berulat


Untuk mengelakkan beras berulat, hendaklah memasukkan beberapa tangkai cili kering kedalam bekas berisi beras tersebut, InsyaAllah beras tidak akan berulat.

Petua dapur: Mengelak gula dimasuki semut


Untuk mengelakkan gula dimasuki semut, hendaklah diletakkan beberapa butir bunga cengkih ke dalam bekas gula. Insya'Allah semut tidak akan masuk ke dalam bekas gula tersesebut.