Untuk mengekalkan warna rebusan, masukkan beberapa titis minyak masak ke dalam air. Setelah air mendidih, masukkan sayur yang hendak di rebus. Warna sayur rebusan akan kekal segar.
Untuk menyejukkan tangan yang pijar setelah membasuh lada, masukkan tangan ke dalam beras dan ramaskan beras dengan tangan beberapa ketika. Rasa pijar ditangan akan berkurang dan hilang.
Bagi memudahkan menggosok baju sutera agar licin, lipat baju sutera tersebut dan masukkan dalam plastik. Setelah itu letakkan ia kedalam peti sejuk untuk beberapa jam. Selepas itu boleh digosok seperti biasa. Baju sutera itu akan mudah di gosok dan licin.
Bagi memudahkan untuk menanggalkan kesan hitam di dalam periuk, masukkan beberapa potong asam keping ke dalam periuk dan direbus bersama air hingga mendidih. Dengan itu kesan hitam akan mudah dibersihkan.
Untuk mengelakkan beras berulat, hendaklah memasukkan beberapa tangkai cili kering kedalam bekas berisi beras tersebut, InsyaAllah beras tidak akan berulat.
Untuk mengelakkan gula dimasuki semut, hendaklah diletakkan beberapa butir bunga cengkih ke dalam bekas gula. Insya'Allah semut tidak akan masuk ke dalam bekas gula tersesebut.
Nama saya Nor'ain Bt Hj Yahya. Saya dilahirkan di Kg Masjid Bangi, Kajang pada 14hb Nov 1966.Saya bersekolah di SK Bangi. Seterusnya bersekolah di SM Maahad Hamidiah Kajang. Selepas itu saya menyambung pelajaran di MPI Bangi dan berjaya mendapat Diploma Pendidikan Islam. Kini, saya menyambung pengajian saya di UPM dalam jurusan Bahasa dan Linguistik Melayu. Jika semua berjalan lancar saya akan menamatkan pengajian pada penghujung tahun 2008.